PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA PERAYAAN HARI KRISMAS 2014
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Bersempena dengan perayaan Hari Krismas 2014, saya dan keluarga serta pucuk pimpinan PDRM, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada seluruh warga PDRM dan masyarakat Malaysia yang beragama Kristian....
Sememangnya masyarakat Malaysia terkenal dengan perayaan yang rencam yang menjadikan negara ini amat unik dari sudut budaya dan anutan agama rakyatnya.
Semangat 1Malaysia telah berjaya mewujudkan suasana harmonis di mana kita dapat menerima dan saling hormat menghormati perbezaan agama di kalangan kita serta merayakan pelbagai sambutan hari perayaan bersama-sama.
Saya berharap perayaan Krismas tahun ini akan mengeratkan lagi kemesraan serta perpaduan di kalangan kita, khususnya antara warga PDRM dengan masyarakat.
Dengan tradisi rumah terbuka yang sememangnya unik di negara ini, saya yakin Polis dan masyarakat dapat terus bersama dalam mewujudkan sebuah negara Malaysia yang aman, harmoni, sejahtera dan makmur.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan bahawa dalam kita bergembira menyambut perayaan, janganlah kita lupa untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda. Berhati-hatilah ketika di dalam perjalanan dan pastikan rumah kita ditinggalkan dalam keadaan selamat dan terkawal sepanjang kita bercuti.
Akhir kata, saya sekali lagi berharap sambutan Krismas tahun ini dirai dengan penuh kegembiraan dan semangat perpaduan 1Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Krismas.
(TAN SRI DATO’ SRI KHALID BIN ABU BAKAR) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

[Notice the words being used. Normally, Muslims would use the words 'Hari Natal', but this time its 'Hari Krismas'. This is certainly a slap on ISMA's face].
No comments:
Post a Comment